- Jahitan Sementara
- Jahitan Kekal
- Jahitan Hiasan
Jahitan Sementara:
a. Jelujur Kasar/Sama
Ciri-ciri :
- Mata jelujur sama panjang di sebelah luar dan di sebelah dalam (1.25 cm)
- Mudah ditanggalkan.
Kegunaan:
- Menanda garisan pola di pakaian seperti tempat letak kocek, tempat lipatan dan menetap pelapik.
- Guna benang berlainan warna supaya senang dibuka setelah dimesin atau disembat.
b. Jelujur Halus
Ciri-ciri:
- Mata jahitan yang sama panjang iaitu 3mm - 5mm.
- Lebih kukuh dari jelujur kasar.
Kegunaan:
- Melekat lapisan fabrik sementara.
- Menanda garisan tengah badan hadapan dan belakang, kedudukan lubang butang, mengedutkan fabrik, mensekatakan kepala lengan, mengemas tepi fabrik yang melengkung dan sebagai hiasan.
c. Jelujur Panjang dan Pendek
Ciri-ciri:
- Mata jahitan yang panjang 1.25cm dan pendek 0.5cm.
- Jarak antara panjang dan pendek ialah 0.5cm.
- Lebih kukuh dan susah ditanggalkan.
Kegunaan:
- Menanda garis tengah hadapan dan belakang.
- Menanda kedudukan sesuatu bahagian pakaian.
- Lebih sesuai untuk fabrik yang tebal, lembut dan licin(mudah tergelincir).
Jahitan Tangan (Kekal):
a. Jahitan Penyambung -
i. Jelujur Halus
Ciri-ciri: seperti Jahitan Sementara
Kegunaan: Menggantikan jahit mesin dan sebagai hiasan.
ii. Jahitan Kia
Ciri-ciri:
- Sebelah luar jahitan seperti jahitan mesin dan sebelah dalam seperti jahitan batang.
- Boleh menggantikan jahitan mesin.
Kegunaan:
- Memulakan dan mengakhiri jahitan tangan tetap.
- Untuk melekatkan dua atau lebih lapisan fabrik dengan tetap dan kukuh.
iii. Jahitan Lilit Ubi (Whip stitches)
Kegunaan:
- Mengelakkan tepi kain dari berbulu.
- Untuk menyambung dua keping fabrik atau lebih (contoh: Tampal Cantum @ Renda-renda
- Untuk mengemas tepi-tepi kocek tampal, kelim belah kangkung, kelim-kelim pinggang dan lengan.
b. Jahitan Pengemas -
i. Jahitan Sembat (Hemming)
Ciri-ciri:
- Kecil, halus, rapat, sekata dan kukuh
Kegunaan:
- Untuk mengekalkan kelepet pakaian atau atikel.
- Untuk menetapkan lipatan tepi tampal, pita dan lipatan kelim pada tangan.
- Untuk menetapkan pelapik di kolar dan belah pakaian.
- Untuk mengemaskan kun, tepi ikatan pinggang, pelapik pada kolar dan belahan pakaian.
- Boleh dilihat di sebelah luar pakaian.
ii. Jahitan Insang Pari (Blanket Stitches)
Ciri-ciri:
- Kukuh dan boleh dilihat pada kedua-dua belah fabrik.
Kegunaan:
- Mengemas tepi fabrik terutama fabrik tebal seperti flannel.
- Mengelakkan tepi kain dari berbulu.
- Sebagai jahitan hiasaan.
Jahitan Hiasan
a. Tampal Hias
Tampal hias ialah tampalan satu atau lebih kepingan fabrik yang berbentuk atau kepingan motif daripada fabrik ditampal dan dijahit ke atas pakaian atau artikel.
b. Tampal Cantum
Tampal cantum ialah cantuman beberapa keping fabrik yang sama warna atau berlainan warna, corak, bentuk dan saiz untuk menghasilkan corak yang menarik. Kepingan fabrik dicantumkan dengan mata jahitan lilit ubi untuk menghasilkan satu motif atau gambar. Motif ini kemudiannya dijahit ke atas artikel atau pakaian sebagai hiasan. Tampal cantum juga boleh dijadikan artikel besar seperti selimut, kusyen dan beg.
c. Jahitan Sulaman
Sesuatu hiasan boleh dijahit dengan mata jahitan sulaman untuk mendapatkan satu motif yang menarik. Motif yang hendak dihasilkan boleh dijahit dengan hanya satu rupa mata jahitan seperti gambar yang dihasilkan dengan mata jahitan silang pangkah. Kombinasi dua atau lebih mata jahitan sulaman boleh diaplikasikan untuk menghasilkan satu motif yang menarik. Mata jahitan sulaman juga boleh diguna bersama tampal hias supaya hiasan menjadi lebih kreatif.
d. Kuilting
Kuilting ialah corak yang timbul yang dihasilkan daripada tiga lapisan fabrik dilapik dengan wadding atau span nipis di tengah-tengah dan dilapis dengan sehelai kain di sebelah belakang lalu dijahit ketiga-tiga lapisan tersebut.