Thursday, September 17, 2015

MAJLIS PENTADBIR KEBANGSAAN PPIM

MAJLIS PENTADBIR KEBANGSAAN
PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
SESI 2015 – 2017


Yang DiPertua
:
Yg. Bhg. Datin Hjh. Badiah Abdul Manan



Naib Yang DiPertua I
:
Yg. Bhg. Datin Seri Dato’ Hjh Shamsiah M. Yassin



Naib Yang DiPertua II
:
Yg. Bhg. Puan Sri Datin Hjh Ashidah Minin



Setiausaha Kehormat
:
Yg. Bhg. Datin Hajah Nor Azila Binti Musa

Bendahari Kehormat
:
Yg.Bhg. Prof. Datin  Dr. Azizan Bt Baharuddin



Ahli Pentadbir -  11 orang
(Dipilih)
:
Y.A. Bhg. Datin Seri DiRaja Saripah Bt Zulkifli
Yg. Bhg. Dato’  Dr Hajah Salbiah Bt Ismail
Puan Hajah Latifah Bt Mahluddin
Puan Hajah Che Su Bt Mahamud
Puan Hajah Che Rahimah Bt Hussin
Yg. Bhg. Prof. Dr. Salmijah Surif
Puan Hajah Che Zaharah Bt Abdul Hamid
Puan Hajah Norlia Bt Hj Ashaari
Puan Hajah Zahirah Shafie
Saudari Nor Sakinah Bt Ya’cub
Puan Hajah Norriah bt Abd Majid

Ahli Pentadbir  -  3 orang
(Dilantik)
:
Puan Hajah Faridah Bt Ahmad Rashidi
Yg. Bhg. Datin Jamilah Binti Yahaya
Puan Hajah Asmah Bee

Wakil LKPIM
:




Wakil Bahagian Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pendidikan Malaysia
:
Puan Shahrohan Yaakob


Monday, February 16, 2015

Sejarah PPIM

LATAR BELAKANG PPIM
Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak secara sukarela di sekolah-sekolah rendah, menengah, institut dan Maktab Perguruan serta Institusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia.

Aktiviti PPIM dijalankan bertujuan untuk membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T

SEJARAH PPIM

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) diwujudkan pada tahun 60an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) yang diilhamkan oleh YMM Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang pertama.
Keanggotaannya hanya untuk pelajar sekolah menengah. Ketika itu, kurikulum hanya berdasarkan kepada aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat yang bersifat memberi bantuan kepada golongan miskin.
Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Ke 6 Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad Rahimahallah, di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail dilantik sebagai Yang DiPertua PPIM Pertama.
   
Hari Puteri disambut pada 17 Jun setiap tahun bagi memperingati kelahiran PPIM dan ia pertama kali diadakan di peringkat kebangsaan pada 20 Jun 1987. 
Pada Hari Puteri 1988, Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM telah mengiktiraf ‘Puteri Cemerlang’ dan Piala Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri telah disumbangkan oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun.
   
Pada 11 September 1993, PPIM dibenarkan bergerak sebagai Pertubuhan Beruniform di dalam Ko-Kurikulum (GERKO) di semua maktab perguruan di seluruh Malaysia. 
Skuad Puteri telah dilancarkan oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada 23 November 1996 bagi meluaskan penglibatan remaja dan wanita lepasan sekolah di dalam kerja-kerja khidmat masyarakat seperti bantuan bagi mangsa banjir dan program ziarah hospital. 
PPIM sekali lagi menempa sejarah apabila dilancarkan di institusi pengajian tinggi pada 8 April 2000 oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Endon Mahmood (Allahyarhamah) di Universiti Islam Antarabangsa. 

Pada awal tahun 2004. dibawah kepimpinan Y.Bhg. Puan Sri Hajah Hazizah Haji Tumin (Allahyarhamah), ibu pejabat PPIM telah berpindah ke Darul Puteri. Perasmian Darul Puteri telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid pada 24 Ogos 2005.
Pada 24 Mac 2007, kekosongan jawatan Yang Dipertua telah diisi oleh Y.Bhg. Datin Hajah Badiah Abdul Manan setelah menang tanpa bertanding pada sesi pemilihan 2007 - 2009 & 2009 - 2011. 





Mahram Wanita


Uniform PPIM
 Baju Puteri

 Baju Riadah

 Baju Kawad

 Baju Pemimpin

Sumber dari www.puteri-islam.org.my

Wednesday, April 4, 2012

Jahitan Asas

Mata Jahitan Asas
  • Jahitan Sementara
  • Jahitan Kekal
  • Jahitan Hiasan

Jahitan Sementara:

a. Jelujur Kasar/Sama


Ciri-ciri :
  • Mata jelujur sama panjang di sebelah luar dan di sebelah dalam (1.25 cm)
  • Mudah ditanggalkan.
Kegunaan:
  • Menanda garisan pola di pakaian seperti tempat letak kocek, tempat lipatan dan menetap pelapik.
  • Guna benang berlainan warna supaya senang dibuka setelah dimesin atau disembat.
b. Jelujur Halus


Ciri-ciri:
  • Mata jahitan yang sama panjang iaitu 3mm - 5mm.
  • Lebih kukuh dari jelujur kasar.
Kegunaan:
  • Melekat lapisan fabrik sementara.
  • Menanda garisan tengah badan hadapan dan belakang, kedudukan lubang butang, mengedutkan fabrik, mensekatakan kepala lengan, mengemas tepi fabrik yang melengkung dan sebagai hiasan.
c. Jelujur Panjang dan Pendek

Ciri-ciri:
  • Mata jahitan yang panjang 1.25cm dan pendek 0.5cm.
  • Jarak antara panjang dan pendek ialah 0.5cm.
  • Lebih kukuh dan susah ditanggalkan.
Kegunaan:
  • Menanda garis tengah hadapan dan belakang.
  • Menanda kedudukan sesuatu bahagian pakaian.
  • Lebih sesuai untuk fabrik yang tebal, lembut dan licin(mudah tergelincir).
Jahitan Tangan (Kekal):

a. Jahitan Penyambung -

i. Jelujur Halus
Ciri-ciri: seperti Jahitan Sementara

Kegunaan: Menggantikan jahit mesin dan sebagai hiasan.

ii. Jahitan Kia
Ciri-ciri:
  • Sebelah luar jahitan seperti jahitan mesin dan sebelah dalam seperti jahitan batang.
  • Boleh menggantikan jahitan mesin.
Kegunaan:
  • Memulakan dan mengakhiri jahitan tangan tetap.
  • Untuk melekatkan dua atau lebih lapisan fabrik dengan tetap dan kukuh.
iii. Jahitan Lilit Ubi (Whip stitches)
Kegunaan:
  • Mengelakkan tepi kain dari berbulu.
  • Untuk menyambung dua keping fabrik atau lebih (contoh: Tampal Cantum @ Renda-renda
  • Untuk mengemas tepi-tepi kocek tampal, kelim belah kangkung, kelim-kelim pinggang dan lengan.
b. Jahitan Pengemas -

i. Jahitan Sembat (Hemming)


Ciri-ciri:
  • Kecil, halus, rapat, sekata dan kukuh
Kegunaan:
  • Untuk mengekalkan kelepet pakaian atau atikel.
  • Untuk menetapkan lipatan tepi tampal, pita dan lipatan kelim pada tangan.
  • Untuk menetapkan pelapik di kolar dan belah pakaian.
  • Untuk mengemaskan kun, tepi ikatan pinggang, pelapik pada kolar dan belahan pakaian.
  • Boleh dilihat di sebelah luar pakaian.
ii. Jahitan Insang Pari (Blanket Stitches)
Ciri-ciri:
  • Kukuh dan boleh dilihat pada kedua-dua belah fabrik.
Kegunaan:
  • Mengemas tepi fabrik terutama fabrik tebal seperti flannel.
  • Mengelakkan tepi kain dari berbulu.
  • Sebagai jahitan hiasaan.
Jahitan Hiasan

a. Tampal Hias

Tampal hias ialah tampalan satu atau lebih kepingan fabrik yang berbentuk atau kepingan motif daripada fabrik ditampal dan dijahit ke atas pakaian atau artikel.

b. Tampal Cantum

Tampal cantum ialah cantuman beberapa keping fabrik yang sama warna atau berlainan warna, corak, bentuk dan saiz untuk menghasilkan corak yang menarik. Kepingan fabrik dicantumkan dengan mata jahitan lilit ubi untuk menghasilkan satu motif atau gambar. Motif ini kemudiannya dijahit ke atas artikel atau pakaian sebagai hiasan. Tampal cantum juga boleh dijadikan artikel besar seperti selimut, kusyen dan beg.

c. Jahitan Sulaman

Sesuatu hiasan boleh dijahit dengan mata jahitan sulaman untuk mendapatkan satu motif yang menarik. Motif yang hendak dihasilkan boleh dijahit dengan hanya satu rupa mata jahitan seperti gambar yang dihasilkan dengan mata jahitan silang pangkah. Kombinasi dua atau lebih mata jahitan sulaman boleh diaplikasikan untuk menghasilkan satu motif yang menarik. Mata jahitan sulaman juga boleh diguna bersama tampal hias supaya hiasan menjadi lebih kreatif.

d. Kuilting

Kuilting ialah corak yang timbul yang dihasilkan daripada tiga lapisan fabrik dilapik dengan wadding atau span nipis di tengah-tengah dan dilapis dengan sehelai kain di sebelah belakang lalu dijahit ketiga-tiga lapisan tersebut.

Wednesday, March 21, 2012

Bendera PPIM


Nota:
• Bendera PPIM berbentuk segiempat, berwarna merah jambu, dan ditengah-tengah terdapat lencana pergerakan. Ukuran lencana adalah sepertiga daripada ukuran bendera.
• Penggunaan;-
a) Setiap upacara rasmi
b) Tatacara perjumpaan

• Kedudukan Bendera dalam Tatacara perjumpaan:
a) Bendera Negeri b) Bendera Malaysia c) Bendera PPIM

Lagu