Wednesday, March 21, 2012
Bendera PPIM
Logo Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)
PENGERTIAN LOGO
- Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau diapit dengan lingkungan berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu bertulis PERGERAKAN PUTERI ISLAM
- Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan PUTIH dan di dalamnya ditulis dengan huruf jawi permulaan daripada perkataan “PERGERAKAN PUTERI ISLAM" ( Pa Pa Alif)
- Di bawah logo ini tertulis perkataan :-
PUTERI"-Bagi Ahli-Ahli Puteri
PEMIMPIN PUTERI" -Bagi Pemimpin-Pemimpin
PENGERTIAN WARNA
- Merah Samar : Melambangkan keharmonian dan kelembutan
- Hijau : Agama
- Taqwa sebagai TERAS
- Putih : Kesucian
- Kuning : Kesetiaan dan ketaatan
Suluh Kata
Bahawa kami, ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam
berikrar akan:
P atuh kepada ibubapa |
U gama/agama berteraskan Al-Quran dan Al-Hadith |
T aat kepada Allah dan Rasul |
E rat ukhwah Islamiyah |
R ela berbakti kerana Allah |
I man dipupuk ilmu dituntut |
|
I nsaf diri: Ia kepunyaan Allah dan kepada Allah ia kembali (InnalilLahi wa inna ilayhi raji’un) |
S olat ditunai setiap waktu |
L arangan Allah dijauhi |
A khlak mulia pengukuh keimanan |
M uslimah Mukminah rakyat seperjuangan |
Misi dan Visi
MISI
Melahirkan puteri-puteri yang bersahsiah tinggi, berilmu, berketrampilan dan boleh memimpin diri, keluarga dan masyarakat.
VISI
Melahirkan generasi wanita muslim yang mempunyai ciri-ciri berikut:-
- Beriman dan berakhlak murni berlandaskan prinsip-prinsip Islam.
- Mempunyai kesihatan diri dan mampu membangunkan diri secara bersepadu atau dari segi spiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal.
-
puteri dan terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Tuesday, March 20, 2012
Falsafah
Pergerakan Puteri Islam Malaysia adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak pada peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah di Institut Pengajian Tinggi, Maktab-maktab Perguruan dan sekolah-sekolah Menengah dan Rendah. Aktivitinya yang dijalankan sebagai Ko-Kurikulum secara formal dan tidak formal adalah bertujuan membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu demi mewujudkan insan PUTERI yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T. Usaha ini adalah bertujuan untuk menterjemahkan ke dalam diri PUTERI ciri-ciri rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta mampu dan bersedia memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran bangsa, masyarakat dan negara selaras dengan ajaran Islam.
Objektif
Objektif PPIM digubal dengan tujuan untuk merealisasikan kandungan falsafah PPIM.
Walau bagaimanapun PPIM menyedari bahawa terdapatnya perbezaan umur dan perbezaan keperluan berdasarkan perbezaan kemampuan diantara ahli-ahli.
Sehubungan dengan itu, PPIM menggariskan objektif yang sesuai berdasarkan sasaran keahlian dan berhasrat untuk:-
1.1 Melahirkan satu masyarakat muda yang:
i. Taat kepada Allah, Raja dan Negara
ii. Berilmu
iii. Berakhlak mulia
iv. Berbakti kepada Masyarakat
1.2 Membimbing gadis-gadis bakal pemimpin puteri dalam segi akhlak, rohani dan jasmani supaya menjadi insan kamilah, berilmu,mengajar dan memperkenalkan Islam supaya kelak hidup mereka berasaskan jalan yang diterima Allah S.W.T. dan dapat berbakti untuk Agama, Nusa dan Bangsa.
1.3 Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri, progresif dan diterima masyarakat.
1.4 Mengukuh persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua serta menjadi penghubung kesinambungan antara generasi lama dan generasi baru.
Matlamat
Menerusi Penggubalan kurikulum yang komprehensif dan perlaksanaan secara gabungjalin dan bersepadu, PPIM berharap agar mencapai matlamat seperti berikut:
- Menseimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial, fizikal dan spiritual puteri-puteri melalui penyemaian, penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai yang murni.
- Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturrahim di kalangan ahli-ahli Puteri.
- Meningkatkan minat dan bakat ahli-ahli di dalam pelbagai bidang gerakerja dan kemahiran.